Followers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 9, 2014

Lagi

Selesai untuk dua paper exam hari ini. Seperti biasa duduk menghadap ke tasik.
Hanya aku yang tahu nikmat duduk di bawah pokok yang rendang ini. Yaa, hanya aku.

Pelajar yang lain, seusai sahaja kelas. Berduyun duyun menghala ke cafe. Mengisi perut yang berlagu, agaknya dah lagu kpop dan hindi. Menari meminta dipukul dengan makanan santapan Melayu. Tidak lain tidak bukan. Nasi Lemak pilihan hati.

Ada yang balik ke rumah.
Yang duduk hostel kembali ke hostel.
Yang shopping, mula berjalan keluar dengan kereta pilihan hati.

Aku ? Seperti biasa.
Bacaan tidak pernah selesai.
Duduk di bawah pokok ini.
Pernah dahulu, cuba try test ukur lilitan pokok ketot ni. Nak juga 2 setengah pemeluk manusia.

Duduk mengadap ke tasik.
Berangin.
Dan terus membaca.
Air mata lagi ?

Sungguh aku rindu penulis buku merah ini. Ibu.















Rahsia

"Qey, awat hang asik pegang buku merah ni. Nak baca sat..."

Tangan aku dah macam dapat kuasa daripada Iron Man.
Gagah perkasa.
Tangkas.
Pantas.

"Tak ley beb, sorry. Kau pi baca buku kat bilik aku tu. Pilih je mane yang kau nak."

"Hang ni, aku rasa lain la. Mesti ada something ni. Tunggu hang tidoq sat gi aku nak amek. Baca. Biaq hang terbeliaq sok pagi tak jumpo buku ni."

Muka aku da start naik merah. Bukan marah. Tapi malu.
Pehal pulak nak malu?
Rahsia. Haha.

Rahsia ?
Cakap pasai rahsia. Cek nak habaq sikit kat hampaaaaa.

Hidup aku memang penuh Rahsia. First name aku pon dah bawa maksud Rahsia. Hampa tak yah nak sibuk bukak kamus cari perkataan synonym.

Mak aku bubuh nama aku pakai bahasa pinjaman dari beberapa buah negara dan digabungkan menjadi bahasa trelpoimiesyimtesiaa . Ini bukan nama penyakit ye tuan tuan dan puan puan.

Haaaa. Baca baca. Mampu ? Haha.
Wikipedia tak kan dapat explain benda ni maksud apa. (GelakJahat)

Yune, satu hari nanti aku bagi juga kau baca. Cuma bagi aku waktu. Hati sakit. Pemergiannya dengan meninggalkan penulisan ikhlas dari hati seorang sang ibu, sakit untuk ditelan. Hanya aku yang tahu. Ditinggilkan tanpa bersua. Ibu. (Monolog diri)

Air mata lagi ?
Tidak.
Cuma senyuman.
Rindu suara itu penyeru namaku.

Neuron

Kali ini aku berjalan lagi.
Perjalanan menuju ke Tanah Thailand.
Bukan menaiki kuda mahupun MH370 yang ditelan awan. Ataupun adik beradik sepupu sepapat MH. Jugak tidak. Hanya menaiki Encik Double Dacker merentasi sempadan Thailand.

Melalui jalan berliku dan akhirnya aku sampai. Di sebuah perkampungan yang ku lupa namanya. Sungguh berbelit neuron otak nak ingat. Nanti call family angkat kat sana. Tanya nama tempat tu balik. Haha.

Perkampungan yang agak Islamic. Duduk bersama keluarga yang tidak kurang thiqah penjagaan agama mereka.

Dipendekkan cerita, selama seminggu berada di sana. Alhamdulillah tidak ada peristiwa bom dan tembak menembak.
Masih sempat bergambar bersama abam abam askar ye. Aku speaking jawa depa tak paham. Speaking Arab lagi la tak paham. Akhirnya neuron otak aku bersambung dan berfungsi normal. Yeah ! Bahasa isyarat. Bahasa jawa kata; Body Language.

Perjalanan aku kali ini tidak banyak berbakti. Cuma hanya perjalanan merehatkan minda dan melihat dunia sana. Mereka mesra. Sayang, masalah dekat aku je ni haaaa.

Tak faham sepatah ayat pon. Hanya angguk dan geleng. Belajar masak beberapa jenis menu dan berjalan. Kerana aku Si KaKey Jalan.

Tuesday, July 23, 2013

TIME

Assalamualaikum

Nobody is perfect. Dari kecik lagi kita kena didik dengan perkataan ni sebab memang tuhan ciptakan semua orang dengan kelebihan dan juga kekurangan masing-masing. Mungkin kita akan rasa seseorang tu perfect kalo kita just kenal she/he secara surface je. Tapi when you get know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually. 

And what I want to tell you is, I'm not perfect either. Siapa yang kata aku perfect tu ? Meh nak tunjuk sikit betapa banyaknya kelemahan aku ni, tapi I'm trying to be one. Juggling between blogging, tweeting, debating, out side programming and being a tough student in my course is not simple as you might think. Sometimes aku suprise juga macam mana aku boleh jadi segagah ini ? Sampaikan aku rasa masa tidur aku tu boleh kira berapa jam je. never expecting me to be what I am today. Bukan nak boasting ke apa, tapi aku tidak pernah menyedari kesibukan tahap gaban aku tu tetapi orang sekeliling pulak yang sedar. Thanks kepada kawan-kawan yang asik ceramah aku suruh berehat tu. Macam mana nak rehat, kerja kerja dan kerja menunggu. Bukan nak showoff ke apa tapi kita boleh sama-sama reflect diri atas kelemahan yang ada dan try to get ovet it. 

I hardly blogging and facebooking nowadays. Bukan sebab aku tak dapat internet connection, tapi I refrain myself from doing it. Cukuplah sekadar aku hanya melayan twitter di smartphone sekali sekala untuk meroyan. And for your information, I was deleted my Facebook app from my phone because I know I will spend most of my leisure time on it. No no no. That's not good. You see, bila bukak internet berapa banyak masa yang korang consume? Of course 2 to 3 hours kan. Jangan cakap aku, confirm melebihi masa 3 jam tu. Mata ligat terbeliak uolls. Itu pun dah kira baik sebab certain people tend to do their revision in front of their lappy with facebook and twitter logged in. Tell you what, kalau manusia yang bergelar student ni sangat la menjadi kebiasaan menjadikan alasan dok study depan lappy konon dengan alasan any info or word that I don't know I can google or wiki it directly. Pastu masa yang sama dok buka tab sebelah tu facebook dan sebelah lagi twitter. Baca buku 5-6minutes dok ngerling-ngerling pulak Facebook ,lepas tu dah tersadai dilaman tu berjam-jam tanpa disedari. Dah asyik sangat buka sana buka sini, lain cerita lagi dok stalk orang. I've gone through all of these and I know how badly it affects my study. 

Febret aku adalah buang masa. Well, student macam kita ni lagi lagi dah namanya manusia memang dah sebati dengan perkataan buang masa ni. Aku pernah online tak berhenti, stalk orang sana sini buka vlog MATLUTFI walaupun aku dah tengok banyak kali dan dah download semua tapi gatal lagi nak juga tengok dia dekat youtube tu. Walhal tak berubah pon muka dia tengok dekat youtube ka atau yang dah download ni. Tapi tu lah kalau boleh semua site nak bukak dan usha. Bila aku tutup lappy dan start baca buka 10-15minutes. Lepas tu stalk balik twitter or blog via blacberry aku pulak. tengok tengok ? Nampak tak nafsu online tu melampau lampau tahap gaban. Buat kerja lagho instead of studying. Tu tak masuk lagi tahap lagho yang melampau bila tak puas tengok kecik sangat dekat blackberry dah start dahhh, bukak lappy balik dan usha sepuas-puas hati. Tup tup dah malam. Assignment dah la tak siap lagi, set jam pulak nak bangun kol3 kononnya buat time tu. Haaaa~ tu kalau bangun pukol3 kalau pukol5 ? barulah nak terhegeh-hegeh buat assignment tu at the end. Ha kau ! markah seciput je. Salah sendiri juga kan. Padan muka. 

No no no. Please don't try this at home. Aku pernah alami benda macam ni. Dah la aku sibuk berdebat. Aku menambahkan lagi lagi kesibukan aku dengan melayan benda-benda bertauliah dekat internet ni. Tuhan je la yang tahu betapa terseksanya time tu sebab tak cover banyak topic, kau ingat course aku ni semua belajar dalam bahasa melayu ?? Harap maklum uolls, all most in arabics dan hanya subject LAW je kot dalam english. Payah dia tu baru lah nak sedar diri betapa masa itu emas. 

Time study week aku tengok orang rilek-rilek je study sempoi dan aku je kot study macam orang sakai kerasukan hantu sawan. Semua benda aku nak baca. Muka seram aku belakang cerita lagi lah. Salah sendiri juga sebenarnya kan ? aku just nak nasihat, kalau korang berperangai macam aku ni please get rid of it immediately. Appreciate your time, handle your schedule wisely and know your priority. Kite kena lah menjadi student yang bertauliah dan bertamadun sikit. Kata orang, sudah terhantuk baru terngadah. Eh eh betul ke tak peribahasa ni. Aku tak reti sangat berbahasa dan berpantun ni. yang penting you got what I mean right ? 

BUKAN KERASUKAN HANTU MACAM NI AKU MAKSUDKAN, TAPI BOLEH JADI JUGA KADANG-KADANG. HIKHIKHIK


TAMAK HALOBA MACAM NI KOT, KENE SAWAN SAMPAI TUDUNG PON PAKAI NOTE. Aha !


Thanks for reading ! xoxo


Sunday, March 25, 2012

CORETAN : HIIDAYAH MENJELMA TIDAK MENGIRA MASA

Rashid melipat sejadah. Dia baru saja  menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip.Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah
bersalaman dengan ibu dan bapa mertua.Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.
    Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu oleh Rashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua
sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.
    Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk.
   Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalau tidak dingatkan,pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.
"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."Wajah Rashid kelihatan keruh.Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiahsedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.
    Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Mahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak
dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.
"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah. abang tunggu kat sini.
Tak ada parking," jawab Rashid mudah.
    Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkanmata. Tempat parking masih penuh. Dia
terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta.Perjalanan diteruskan.
"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha. terlelap sekejap. Letih rasa badan
ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa. kalau tak tahan sangat Kiah
bawaklah nanti."
    Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat. Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan  kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain.
Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.
"Ya Allah. selamatkan kami." Bisiknya perlahan.
Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu.Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu.Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.
"Tersepit. tak boleh tarik."
"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital."
Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S. W. Tmenyelamatkan Zakiah dan dirinya.
"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu.Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap. cik. berdoa kepada Allah. cik
akan selamat."
"Sabar encik. tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai." Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur.Pandangannya tertunpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah. selamatkanlah aku."
Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba. Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunui apabila salah seorang anggota bomba bersuara. "Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik. kenapa tak boleh keluar?"

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita. kena panggil orang yang tahu." Terdengar sebuat pendapat.
Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di
sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi
berada di sebelahnya.
"Tuan. tolong saya tuan."
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala."
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan."
"Kamu berdoa kepada siapa?"Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"
     Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap
seperti orang yang tidak berilmu.
"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan
dari mentua kamu!"
      Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid.
 Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia.Tidak lama kemudia dia tidak sedarkan diri.

"Abang. bang! Abang!!"
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
"Sedapnya tidur. naik serak suara Kiah mengejutkan abang."
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah! Dia masih berada di tempat rehat.
"Kiah tunggu sekejap. abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di
bibirnya.
Anas menceritakan beliau mendengar.Rasulullah S. W. T bersabda :-
"ALLAH S. W. T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KE MASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM".
MORAL : JANGAN LUPA SEMBAHYANG

CORETAN : CINTA KITA CINTA PERJUANGAN...!!!!

"Enti menangis..?"

"Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."

"Habis, mata enti berair?"

"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."

Aku tersenyum...

Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.

"Ana tahu enti menangis.."

"Tidak!!! Tak faham-faham ke?!"

Dia tiba-tiba membentak.

"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.."

"Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan..."

"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"

"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..."

"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?"

Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku.
Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.

"Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..."

Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*********************************

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!"

Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?"

Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?"

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"

"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"

"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu."

"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz."

Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

********************************************


"Kau kenal dia Abdullah?"

Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!"

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

"Jawab soalan aku dulu.."

"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta."

Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

"Jawab soalan aku dulu.."

Aku memohon untuk kali kedua.

"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"

"Jawab soalan aku dulu.."

Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam..."

"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."

"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.."

Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

"Lagi.. negatifnya?"

"Negatifnya.. banyak.."

Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu..."

"Apa dia..? Negatifkah?"

"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan... rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."

"Gerakan militankah?"

"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"

"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"

"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"

"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?"

Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada
jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

*****************************************


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?"

"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya..."

Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."

Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

"Ustaz tidak main-mainkan ana?"

"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."

"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..."

Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik' ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.


********************************

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..."

dan dia akan terus menyambung,

"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..."

Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café yang menjadi rumah 'kedua' ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

"SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV"

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message"

Namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah.. tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!"

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!"Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
- TAMAT..


Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tiada taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurga

CORETAN : KISAH KOPI MASIN

Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"

Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.
"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."
Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.
CORETAN : Alangkah indahnya percintaan berlandaskan keimanan dan keyakinan.. sungguh kepahitan pun terasa seperti suatu kemanisan yang sangat-sangat menusuk hati manisnya.
Sesungguhnya air dalam teko tidak akan dituang masuk kedalam gelas jika gelas tidak berada pada kedudukan yang yang lebih rendah dari teko. Begitu lah juga hati kita yang sepatutnya merendahkan diri demi memperoleh mata air cinta yang suci lagi halal di sisi Allah .

Friday, March 23, 2012

CORETAN : GURU TADIKA TIDAK PERCAYA TUHAN

Ader seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dier pun
berfikir bagaimana nak brain wash kanak2 di tadika tsebut supaya tak
percaya wujudnya tuhan. Dier pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2,nampak tak pen ni.
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade kan.
Anak2 : Ader cikgu.
 
kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket die, kemudian
bertanya lg.
 
Guru tadika :Anak2,nampak tak pen?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ade tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika : Anak2 nmpk tuhan tak?
Anak2 : tak nampak cikgu.
Guru tadika : tuhan ader tak?
Anak2 : takder cikgu.
Guru tadika td sgt gembira sbb tujuan dier nak brain wash otak budak2 tu
berjaya.Ttp dlm byk2 bdk tu ader seorg bdk yg pintar,dan die minta pun
mengangkat tgn...
Bdk A : Cikgu bleh sy ckp sesuatu.
Guru tadika : Bleh,mari ke depan.
Bdk A : kwn2 nmpk cikgu tak.
Kwn2 : nampak.
Bdk A : cikgu ader! kan?
Kwn2 : ader.
Bdk A : kwn2 nmpk otak cikgu tak?
Kwn2 : tak nampak.
Bdk A : cikgu ader otak tak?
Kwn2 : tak ader.

Moral of the story: bila tak nampak, tak semestinya takde!!! Sayangi agama
kita dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau tidak kita, siapa
lagi..?
Jangan enjadi golongan pengajar yang mengajar benda salah. Azab Allah pasti mengiringi. :)

Wednesday, March 14, 2012

IT'S ME : MUSLIMAH vs PRAMUGARI

seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya...

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Renungan : Kalau korang perasan , muka orang yang sentiasa menjaga solat ni kelihatan macam ada nur je kan ? sebabnya mereka cuci muka berkali2 sehari. Samalah juga dengan orang yang belajar agama. macam mana pon hodoh muka orang tu, kita tetap akan rasa sedaaap je mata memandang tengok muka dorang. Sebab Allah memang dah janjikan cahaya buat orang yang menuntut ilmu ni, lebih-lebih lagi ilmu agama.

Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).

Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: “Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya.”

Tuesday, March 13, 2012

TERSENTUH : PENGEMBALA vs CENDEKIAWAN

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
 
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi diakekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpuldi padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengancendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan itu menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula, dan gembala kambing menunjukkanlima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Rajamulaberfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati,membuat bulatan padahadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembalakambing pulamengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul!
Lalu cendekiawan menepuktangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayamditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itumengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...
" Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermaknaadakah kalimah syahadah *****a yang pertama sahaja?(Asyhaduallah ilaha illallah... ) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)."
" Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima.Betullah... Bila hambatunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yangdiberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam".
" Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hambamengeluarkanpedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkanpisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allahyang jadikan langit dan bumi ".

" Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah... Sesungguhnya hamba amatberbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, sertamenyebarkannya".
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggiluntuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambingpun bercerita...
" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hambamenjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagidua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima punboleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea... ? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia"." Lepas tu dia tunjuk bulatan,maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu diakeluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba punmampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... ".
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

TERSENTUH : AKU SUDAH BERTUNANG..

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
 Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
 Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
 Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
 "Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
 Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
 "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
 "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
 Ibu angguk perlahan.
 Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
 "Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
 "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
 "Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
 Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
 "Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti...
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
 Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
 "Insyirah, jom makan!"
 Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
 "Tafaddal, ana puasa."
 Sahabiah juga semakin galak mengusik.
 "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
 "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
 Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
 "innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
 "Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
 "Ya Allah, tenangnya..." 
"Moga Allah memberkatinya...."
 Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
 Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
 Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
 Dalam sedar tidak sedar.. 
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
 "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
 "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
 "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
 "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
 Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
 Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
 * Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
 ' ya Allah,, sempurnakanlah ajalku dalam keadaan Islam..
amin..'
Top of Form
Bottom of Form

Sunday, March 11, 2012

IT'S ME : FULL HOUSE AT KK

Anyeongseyo..

Buat rakyat2 sabah. Dah tahu kan? FULL HOUSE dah wujud kat KOTA KINABALU ni bertempat di SURIA SABAH MALL. Harga makanan kedai tu tak la mahal mana pon. Kita agak mampu nak beli kut. Yang bestnya ! tempat tu lawa sangat2. Jom reramai serbu restaurant 2. MEMANG TERBAIK !

NI KAT LUAR RESTORAN TU.
LAWA TAK ?
KERETA NI PON ADA DALAN RESTORAN TU

OPENING NOW !



Lawa tak ? banyak lagi sebenarnya port2 yang lawa dalam restoran tu. So, pergi sana jangan lupa bawa camera ye. Rugi tak bawa :P
Enjoy your day ! banyak lagi tempat menarik kat Malaysia ni .


NIKMATI KEINDAHAN TANAH AIRMU :D


Thanks for reading ! xoxo

IT'S ME : WELL DONE STPM's

Assalamualikum wbt ..

Setelah sekian lama muncul juga post aku dalam blog ni kan. bukan sebab aku semakin sombong dan bongkak ke apa, tapi aku sibuk dengan class bahasa aku. Aku join class tu pun sebab nak tambah ilmu grammar aku yang hangkang ni.. kalo nak join try masuk link ni http://www.amc.edu.my/v2/v2design/index.php

Kolej ni bukan setakat free je tapi bagi makan free everyday. For those who want to improve their skills, join this college.  

Another story ? Apa cerita dengan STPM's RESULT aku kan ? ALHAMDULILLAH sangat2, sebab di mudahkan dan diberi keputusan baik. Tapi berkat doa kut sepanjang STPM hari tu. Selepas ni melangkah la pulak ke alam baru. UNIVERSITI !! Aku nak pergi Jorden okay, UPU ? Errrr , cousin aku yang isikan hari tu dan aku xberminat nak tau. Aku dah memang mindset nak pergi Jorden ! Here we gooo !

Happy sangat2 jugak sebab akhirnya aku berjaya buat abah aku menangis buat kali ke2.
1 : time dapat result SPM ( STRESS SBB RESULT AGAK x memberangsangkan)
2 : STPM ( HAPPY SBB RESULT AGAK memuaskan)

Tu reason kenapa abah aku megalirkan air mata. yelaa. bayangkan la ! lelaki susa nak menangis kut . abah aku ni kategori orang macho jugak la. Tapi anak punya pasal ego luntur. luntur. luntur. haha



PESANAN BUAT ADIK-ADIK YANG NAK STPM DAH TU ..

1. Jangan mesej akak tanya apa kakak makan. Kita semua makan nasi embak dewan makan 2. Tapi, jadikan kismis sebagai favourite food. Stay up malam kadang2 ngantok kan ? so, kunyah kismis tu lebih sikit.
2. Jangan PM akak dekat Facebook tu dok mntak nota akak yang dulu2. bukan kedekut tapi nota yang berkesan adalah nota hasil sendiri. Hapal sebanyak mungkin fakta..dan buat la nota tu kat kertas colourful sikit. Tak payah nak skema sangat atas kertas kajang ye..
3. Paling penting adalah jaga ibadah adik2. Sepanjang STPM tu jangan la tinggalkan dhuha dan qiamulail tu. Kita exam nak dapat berkat kan ? Dan bukan semua kejayaan tu kita dapat tanpa passport. Passportnya adalah..DOA ! So, jangan malu nak nak mintak dengan Allah .
4. Jaga hubungan dengan semua orang. KAWAN, GURU, PARETNS, MACIK DEWAN MAKAN, PACIK CLEANER.. I'allah dorang akan doakan kita.
5. Paling penting !! JAUHKAN LAPTOP and HANDPHONE. lalalala~ ada berann ??
Bukan tak boleh, boleh je. tapi berpadah-padah la sikit. tak payah nak bergayut dengan pakwe korang sampai tengah malam. EXAM is EXAM ! don't mix it with LOVE ! Call mak ayah boleh ! Digalakkan. 
5. PRINT OUT gambar mak bapak korang dan lekat atas katil, tiap kali nak tidur bila tengok pic tu konfom bangun balik tok study. Yela kan.. takut nak kecewakan dorang kan?

Ok la. dah letih menaip, mulut pun dah muncung kedepan ni haa ! haha .
kalau nak ikut.. ikut, tak nak abaikan :D
KEJAYAAN ITU MANIS BILA KITA MERASAKAN KEPAYAHANNYA :D


Thanks for reading ! xoxo