seorang muslimah sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan muslimah itu dan menegurnya...
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Cik tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Muslimah: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Muslimah: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..

Renungan : Kalau korang perasan , muka orang yang sentiasa menjaga solat ni kelihatan macam ada nur je kan ? sebabnya mereka cuci muka berkali2 sehari. Samalah juga dengan orang yang belajar agama. macam mana pon hodoh muka orang tu, kita tetap akan rasa sedaaap je mata memandang tengok muka dorang. Sebab Allah memang dah janjikan cahaya buat orang yang menuntut ilmu ni, lebih-lebih lagi ilmu agama.
Dalam al-Quran Allah menobatkan mereka melalui ayatnya yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan (al-Mujadalah: 11).
Seperti kata Saidina Ali bin Abi Talib r.a: “Barang siapa yang berada di jalan menuntut ilmu, maka adalah syurga itu di dalam tuntutannya. Dan barang siapa yang ada ia dalam menuntut (mengerjakan) maksiat, maka adalah neraka itu di dalam tuntutannya.”

No comments:
Post a Comment